Pages

selamat tahun baru 2012

assalamualaikum,

salam sejahtera, aku rasa mcm dah meluat ja asyik dgr aku minta maaf pasal jarang update blog ni (bkn jarang tp kadang... kadang... ckp Nujum Pak Belalang jawap teka teki). apa pun selamat tahun baru tahun 2012, aku berharap semoga kita diberkati dan dimurahkan rezeki olehNYA... amin... oklah, sebelum itu aku nak pohon maaf jika ada salah dan silap aku tahun lepas ya... byk niatku tahun lepas tak menjadi, mudah-mudahan kali ini urusan ku dipermudahkan... sekarang aku dalam dilema nak study hard untuk final exam dan juga kerja awal tahun di opis... mcm di KK! hahaha... wish all my frens out there all the best in 2012... don't give up and may you live happy always whereever you are... kepada yg dari jauh dtg nak jumpa aku, sorilah bro... wrong timing assigment berlambak... lain kali Insya-Allah aku akan entertain ko di KK sampai kaw-kaw... mu jgn risau, kasi aku graduate tahun 2012 ni... nda sedar tinggal 1 semester sudah! thesis ja aku pikir mcm mana nak setel supaya aku dpt konvo tahun 2012 sama rakan-rakan perjuangan 4 tahun bersama di Program Kewangan/Perbankan(HE06) dan Marketing (HE10) Gud Luck in final year!

oklah, malas mo cerita... nnt studynya terskip plk... hahaha... jgn risau, klu aku update tetap kaw-kaw punya. takkan nak bagi story ja... mesti ada entertainmen sikit... cewah,mcm la ni blog hiburan... aku pun dah lama nda sentuh 60D aku pigi tembak-tembak... tapi kali ni tiada tembak-tembak punya... kita main shooting ja... and action! ya, dgn hepi nya dgr lecturer marketing management aku minta buat video shooting sendiri untuk group assignment... ya, aku mmg suda semangat tukar kamera dari 450D pigi 60D sbb minat main videography ja... so,bincang punya bincang sama group akhirnya aku juga decide tempat untuk buat iklan untuk assignment tu... terpaksa la buat kerja last minit untuk assigment ni, banyak lagi assignment nak submit... mmg sem ni aku kena dera buat assigment sendiri walaupun group... nasib adalah jgk ahli-ahli yang menolong... terima kasih byk 4 ur concern... cukup jg la redakan atiku daripada yg tak tanya langsung atau peduli.... adui na, pls la support member2 tu buat assignment... nda kesian ka nak tolong? oklah, nda salah sapa2 jg... tp at least tolong la ringankan beban nya k! terima kasih... oklah, smbg cerita... maka aku pilihla lokasi utk aku iklankan semula... pada aku KK Wetlands perlu mendapat perhatian, kunjungan anda dpt membantu memelihara tempat tersebut untuk masa depan... cewah! mntg2 belajar business ethics... hehehe... enuff talk... just let see how amateur atau beginner nya aku dalam videography ni... Insya-Allah aku akan cuba improve pada masa akan datang... tahun 2012 ni byk sudah plan dalam pikiran nak laksanakan dgn kamera ku... okay! layan video yang aku telah shot fully dengan 60D ni...
(music by Coldplay - Paradise)


6 comments

kursus induksi bil 3/2011

assalamualaikum semua,

terlebih dahulu saya nak mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang singgah ke blog ini... semoga bulan ini kita semua memperoleh keberkatan yang mulia serta pahala berlipat ganda... papepun,dah lama update blog aku... mgkn tiada idea lagi nak cakap apa kat post kali ni walaupun dah pasang niat nak update latest story aku yang tidak seberapa ni... hehehe...

entri kali adalah pasal kursus induksi umum, khusus dan pra penempatan yang saya terpaksa tinggalkan sabah selama sebulan kat institut perakaunan negara, sabak bernam, selangor... bermula dari 20 jun 2011 sehingga 15 julai 2011... nasib la sebulan... sempat jgk pulang sabah sebelum berpuasa... sbg penjawat awam, kena la pigi kursus dan ambil exam yang patut untuk sahkan jawatan nanti... ingatkan dah masuk gomen ni, terus mo masuk kerja mcm tu ja... hahaha... tapi mula kerja dulu mmg tidak paham langsung mcm mana nak buat itu ini... ingatkan pengalaman kerja dulu ble lah pakai... yelah, dulu kerja admin dan marketing... skrg kerja bhgn kewangan... syukur la kursus induksi ini yang banyak mengajar tentang selok belok yang perlu tahu sebagai penjawat awam ni... setelah pulang daripada kursus ini, baru lah senang sikit nak membantu kerja kat opis skrg ni...

kepada rakan-rakan yang juga bersama-sama aku ikut kursus ini... mohon maaf la klu ada silap info dan tidak termasuk... jumlah yang ikut kursus ini tidak lah seramai batch yang lepas-lepas... iaitu 60 lebih la mcm tu... hahaha... sorilah yer.. dah lupa jumlah sebenarnya... sori... tapi perempuan lagi ramai dari lelaki... boleh katakan dalam 1/4... sorang lelaki ble pilih 4 pasangan nya... hahaha... gurau jelah... well, ni jgk yg ada dicakap oleh urusetia atau penceramah bila tanya jumlah yang ikut kursus ini... so,bila aku balik ja balik ja dari kursus... mulalah rakan2 tanya kot-kot kalau ada yang berkenan atau hati dah terpaut pada salah seorang peserta time kursus tu... hahaha... mau tau jugak ka? errr... biarlah rahsia ya.... bkn apa,dah la ramai (bkn semua) single but maybe available... so, aku simpan dalam hati jela klu ada yang berkenan tu... kalau ada jodoh tu, tak kemana jugak kan.... manalah tau klu dapat restu ibunda di kampung halaman... hahaha... gurau jelah... dah, aku ni klu cakap pasal benda ni boleh panjang berjela sampai lupa motif asal entri... walaupun rasanya dah dekat sebulan tapi mmg fresh dalam kepala aku "memori tercipta" (lagu penutup induksi) time kursus ni... mulanya lapor diri dulu kat jabatan akauntan negara kat putrajaya cuma kenal biasa ja... tapi selepas kursus ni barulah dapat merapatkan silarurrahim antara peserta kursus ni... terima kasih banyak kepada semua kengkawan kat kursus induksi kerana pengalaman suka duka semasa sama-sama menjalani kursus tersebut... aku mohon maaf salah dan silap, terkasar bahasa atau perbuatan dan jika ada sebarang yang tersinggung dengan sikap saya semasa tu.... apa yang boleh saya katakan, segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan yang kurang itu, datang daripada diri saya sendiri (ulang kata-kata penceramah) hee... terus terang saya cakap, saya suka bergurau... jgn la disimpan dalam hati kalau ada yang tidak baik itu ya... papepun, korang semua adalah TERBAEKKK dan insya-allah saya akan ingat selalu dengan kawan-kawan kat sana... BAH! kalau datang berkunjung ke Sabah tu, jangan lupa kontek aku... manalah tau aku free ble bawa jalan2... tak janji la tapi akan aku usahakan... Insya-Allah...

oklah, biarlah aku ringkaskan dulu apa aktiviti dari mula sampai akhir... kalau nak cakap tu macam panjang lebar la pulak... so, biarlah aku cuma share montaj slideshow yang sempat aku buat semasa dinner malam terakhir kursus induksi tersebut... walaupun slideshow biasa sahaja... tapi amat bermakna dan nilah aku layan kat laptop aku klu aku rindu (teringat) ja kat kawan aku time kursus induksi ni... hahaha... papepun, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi gambar-gambar tersebut dan saya tiada menyumbang sebarang gambar dalam video tersebut dan tanpa gambar2 nilah, mgkn slideshow tak akan ditayangkan... akhir sekali, tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus tersebut keran lulus dan jayanya dan saya baru ja terima sijil yang telah dikirimkan... oh ya,kepada yang telah tengok slideshow kat youtube, mohon maaf dan maklum yang saya dah delete video tersebut dan cuba uploadkan versi yang sama tapi dah berkali-kali mencuba upload tapi tidak berjaya... dan bila berjaya, video pulak menjadi separuh walaupun ble HD... huhuhu... akhirnya, saya gunakan vimeo pulak untuk share video tersebut... software utk slideshow adalah guna photostory 3 for windows ja... senang dan simple... oklah, layanzzzz.... terima kasih....

8 comments